Friday, 8 April 2016

Jaulah Korea-Jepun #eunoia们

CATATAN AKU; CATATAN EUNOIA们

JEPUN
1) Gunung Fuji
Ini kalau tak salah saya, merupakan tempat pelancongan pertama yang kami tuju di Jepun. Subhanallah Gunung Fuji ni, cantik sangat. Macam sebuah lukisan. Er hehe.. Sedangkan, sebenarnya, lukisanlah yang menyerupai gunung ni kan.

Kalau korang tengok sendiri, mungkin baru korang faham kenapa saya kata ia macam lukisan, kot. Cantik sangat yang taktahu nak cerita. Saya nampak seolah-olah gunung tu terapung. Dan, macam lukisanlah. 

"Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776.24meter. Gunung ini amat terkenal di dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat lima tasik yang amat cantik."
---tertulis dalam tentatif PIC Jepun



Sesampainya di atas, sibuk yang lain nak bergambar, saya pulak sibuk je nak cari mesin air, nak minum. Haha. Akibatnya, saya tak ada bergambar seorang bersama Gunung Fuji. 真的特别非常遗憾。和后悔 -.-

Hari pertama, kami mendengar perkongsian dari Aliffa tentang "menyedari tujuan hidup". Memandangkan ini adalah perkongsian yang pertama dalam jaulah, saya bagi pihak Aliffa merasakan bahawa, itu adalah momen yang sedikit mendebarkan. Serius, saya berdebar entah kenapa pun taktahu. Tapi, alhamdulillah Aliffa berjaya sampaikan dengan sangat menarik. Awak berjaya, sayang :)

Selepas tamat sesi perkongsian yang hampir tiga puluh minit tu, kami sambung dengan main game yang telah diatur oleh akak berdua, yakni AJK games.
Permainan meneka lukisan.
Akak tulis nama objek, dan orang pertama lukis. Orang kedua tengok lukisan orang pertama dan lukis semula, dan seterusnya hingga orang terakhir. Orang terakhir perlu teka apa yang telah orang depan lukis.
Ya Allah game ni, kelakar sangat.
Orang lukis ketam, tapi bila sampai pada orang ketiga, dia lukis teddy bear -.- hahahahaha.
Ada yang dari pertama dah silap. Akak suruh lukis udang, dia pergi lukis ulat beluncas. Hahahahaha.



Apa apa pun, alhamdulillah, kami bahagia dengan gelak ketawa pada hari itu.
Tapi, ada orang cakap, banyak gelak boleh hitamkan hati. Moga, Tuhan masih jaga hati kita. Jangan terlalu banyak gelak, dan janganlah tak gelak langsung pulak ye.

Apabila turun ke bawah, kami solat dulu di tepi stesen menunggu bas. Bila tengok gambar solat ni dalam ipad Nazirah, saya ada satu perasaan "Wah!"

Mungkin sebab saya rasa, kami terlalu bersatu dengan satu saf yang rapat tu.

Pernah tak, bayangkan, kita bergerak ke syurga dalam saf sebegitu? Bergerak dengan langkah yang sama, dan teratur. Maju ke depan sesempurna kawad yang terbaik. Dan, menunggu giliran dipanggil Tuhan. Kalau korang dapat bayangkan satu saf panjang, di mana kita berdiri dalam saf tu, insyaAllah akan wujud satu rasa izzah dengan Islam dalam diri ni. Entahlah, saya suka perasaan bayangan dalam saf tu.

2)  Bunyi apa tu; guesthouse Tokyo
Grrrr. Grrrrr. Grrrr. Bagi saya, beginilah bunyinya pada hari itu. Rumah nenek korang jenis kayu ke batu? Rumah nenek saya, kayu tradisional tu. Yang jenis dua tingkat. Kalau ada orang berlari di tingkat atas, mesti satu rumah terasa macam bergegar.

Haa, gitulah perasaannya sewaktu bunyi tu kedengaran. Risau rasa hati. Ada orang terjatuh ke....

Terus saya naik atas untuk tanya pada diorang tentang apa yang telah terjadi. Sesampainya di atas, saya nampak diorang cumalah duduk baring-baring di hadapan ruang tamu; seolah-olah tiada apa yang berlaku. Fatini pulak baru sahaja melangkah keluar dari bilik.

"Fatini, tadi terjatuh ke?"

Terasa kurang sopan pulak soalan ni. Berdekah-dekah diorang ketawakan saya.

Kata diorang, "awak, tadi tu gempa bumi la".

Saya terdiam dan sambung gelak bersama mereka. 
Bukannya apa Fatini, sebab Fatini sorang saja yang berdiri pada waktu tu, jadinya, ingatkan Fatini lah yang jatuh dan menggegarkan rumah tu. Mana tahu, baru lepas bangun selepas jatuh ke. Huhuhu. 



Kak Nita yang pada ketika tu di toilet tingkat bawah pun sangatlah risau dengan gegaran tu. Akak dah boleh mengagak rasanya, tu adalah gegaran bumi. Haha. Risau juga kalau sedang dalam toilet tu, errr. Runtuh ke rumah tu kan.. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku

Jadi, nak ceritanya satu je. Semasa di Jepun, kami sempat merasai gempa bumi kecil. Akhowat yang bawa kami berjalan tu kata, diorang dah biasa dengan semua tu. 

Disebabkan Jepun sangat mudah berlaku gempa bumi, maka, bangunan-bangunan semuanya dilengkapi sistem penyerapan gegaran.

Sekian.


3) Masjid Turki, eh? Jamek Mosque
Di sini, kami berhenti sebentar untuk solat. 

Masjid ni, dikatakan di ambil dari reka bentuk Masjid Biru di Turki. Dan, memang cantik. Orang malahan cakap, sangat serupa dengan Masjid Biru tu.

Ummu bagi perkongsian di sini. Hai Ummu. Awak ingat tak, ada air keluar dari mata awak sewaktu awak bagi pengisian? Heee, maaf kalau ayat saya macam tak baik. Tapi, saya berani buat macam ni dengan orang tertentu je tau. Beruntunglah sebab saya berani cakap macam ni dengan awak. Maksudnya, awak adalah orang tertentu.
Ummu kata, dia perlu bercakap dengan kuat dan ketawa sekiranya dia gementar. Sekiranya gagal berbuat demikian, menangislah jawabnya. Memandangkan sedang berada di dalam masjid pada waktu itu, jadi, Ummu tak dapatlah nak ketawa dan bercakap dengan kuat.



Selepas tamat perkongsian yang berjaya disambung oleh Ummu tu, kami duduk sebentar untuk menikmati masjid ni.

Selepas dah puas, kami pun pulang ke guesthouse.

4) Sleeping in a bag

Ada orang cakap time muhasabah jaulah tentang hal ini. Iaitu hal ada orang taknak share sleeping bag dia dengan orang lain. Lepastu mereka ulas ulas ulas dan ulas lagi. Rupanya, orang yg disebut tu adalah Ummu.
Hahaha, comel.

Tapi sebenarnya, ada yang korang taktahu.

Time tu, kita berehat di masjid di Jepun tu. Tak ingat nama apa. Kobe mungkin? Yang pasti, kita baru sampai dengan bas pada pagi tu and terus bertolak ke masjid.

Saya kesejukan dan nak tidur lepas tengok Azra sangat selesa dalam sleeping bag. Nampak best. Nyenyak. Nyaman. Gembira. Bahagia. Hehe, dan segalanya yang baiklah.

Saya pusing di sekeliling mencari alas nak tidur seperti Azra.



Orang yang bagi saya selesa pada momen tu adalah Ummu, kawan-kawan! Orang yang korang cakap, taknak share sleeping bag tu. Haha.

Itulah pertama kali saya merasa nikmat sebuah sleeping bag.

Saya dapat tidur nyenyak macam Azra.

Entah beberapa jam kemudian, terjaga dari tidur,  angkat angkat kepala.. Ramai yang terbongkang berdekatan saya. Awalnya cuma saya dan Azra tidur di situ.

Kesian tengok. Ada yang tidur dalam telekung, ada yang tidur berselimutkan sejadah. Ada yang berselimutkan winter coat. Ada je yang dalam sleeping bag jugak. Yang pasti, nampaklah semua orang kesejukan pada waktu itu.
Sebab tempat tu memang sejuk pun, hurm.

Bila saya dah segar sikit, saya pun berdiri.

Dan, ternampak seseorang berselimut dengan winter coat pink meringkuk berdekatan saya.
Hati ni, bersalahnya time tu, hanya Tuhan yg tahu.
Mumu, kenapa awak sweet sangat.
Kita tidur dalam sleeping bag awak. Awak meringkuk kesejukan, tidur tanpa alas, hanya berselimutkan winter coat. Haih. 

Saya dengan bersalahnya, buka sleeping bag dan balut Mumu. Dia tersedar, dia kata,
 "Awak, awak nampak kita sejuk sangat ke".
Saya angguk je. Dan, Ummu pun terus sambung tidur.
Sebenarnya mu, kita nak jawab. Kita rasa bersalah tengok awak kesejukan sebab kita rasa awak baik sangat. Awak bagi kita tidur dalam sleeping bag awak, tapi awak tidur selimut dengan winter coat je.

Entahlah mu. Sebenarnya, kita terharu sangat time tu.. 

5) Kobe mosque
Pada hari pertama tiba di Kobe dari Tokyo, kami segera bergerak menuju ke Masjid Kobe. Subuh pagi tu, solat atas bas je. Sebenarnya, itu adalah pengalaman pertama saya, solat dengan cara tayamum. Seronok juga.

Dengan beg yang teramat banyak tu, kami menuju ke Masjid Kobe dengan berjalan kaki. Kesian juga tengok mereka-mereka yang bawa bagasi besar dan banyak ni. 很辛苦.

Alhamdulillah selepas berjalan kira-kira lima belas minit, kami tiba di perkarangan masjid. Tak ada orang di masjid. Mungkin sebab masih awal, jadi orang yang jaga masjid pun belum datang. Tapi kami berjaya masuk ke dalam masjid dan buat masjid macam rumah kami sendiri.




Pada kami, Muslim semuanya bersaudara, insyaAllah orang yang faham akan izinkan kami berbuat begitu. Jadi, kami pun jadilah tak segan silu nak buat apa sahaja di masjid tu.

Ada yang mandi, ada yang memasak, ada yang tidur dan ada macam-macam aktiviti lah.

Bila orang yang jaga masjid tu datang, kami pun bercerita tentang semuanya dan mereka benarkan. Maka, bertambahlah kami buat masjid tu macam rumah kami sendiri. Semua kelengkapan ada, menarik!

Lepas AJK makanan siap memasak, dan kami yang tidur tu dah terjaga (ni ada kaitan dengan cerita sleeping bag Ummu tu), kami pun sama-sama berkumpul dalam bulatan dan makan berjemaah. Ada yang makan banyak sangat la, ada yang makan sikit sangat la, malah ada yang curi makanan orang juga. Haha. Menu adalah sardin, roti bersapu nutella, serunding dan kerepek ubi pedas. Alhamdulillah selepas kenyang, kami bersiap-siap untuk solat Zohor.



Di masjid ni, kami bertemu dengan dua orang warga Indonesia yang menetap sementara di Jepun bersama ibu mereka. Ibunya bekerja di Jepun. Mereka pun orang usrah rupanya. Katanya, datang ke masjid untuk liqo'. Dan, bila kami ceritakan tentang perjalanan kami, mereka seolah-olah sangat teruja. Fatimah dan Kak Nita sempat bertukar-tukar alamat emel dengan mereka.

Usai solat Zohor, kami teruskan lagi dengan aktiviti perkongsian dari Fatimah, "mengasihi saudara" di sebuah bilik darjah yang dibina di dalam masjid tu.
Sahabat Indonesia yang baru kami kenal tadi tu, tiba-tiba masuk dan memberikan kami sedikit makanan ringan untuk kami alas perut pada hari itu. Tengok, persaudaraan atas dasar agama ni, memang sangat menarik. Walau di mana kita berada, walau sesingkat mana pun perkenalan kita, tetap boleh untuk kita saling menyayangi. Terharu gais.

6) Kobe Harborland
Tujuan datang ke sini adalah untuk melihat matahari terbenam. Tapi, entah kenapa saya rasa, saya tak ada nampak pun. Atau mungkin juga, saya ni sebenarnya tak pandai tengok matahari. Hurm..



Selain itu, di sini, kami banyak berfoto dan ada group yang berlakon juga.
Boleh tahan cantik, gambar-gambar yang diambil di sini. Kiranya, kalau tengok semula, rasa seperti ada 影响 juga lah.

Kalau bahagian berlakon tu, saya suka tengok lakonan diorang di sini. Bahagian Fatini makan dengan gelojoh, dan bahagian pelakon lain yang "seaweed" memberi walaupun mereka juga kekurangan. Tanpa sebarang dialog, tapi maksudnya sangat mendalam.

Di sini, kami ada main game lagi.
Saya ni, hampir semua game saya suka. Asalkan namanya game, saya akan sangat setuju untuk ambil bahagian.


Ada dua.
Yang pertama, akak buat rantaian yang sangat mengelirukan dan kita perlu memecahkannya menjadi bulatan besar tanpa simpulan langsung. Game ni hambar sikit sebab tak ada perkara untuk diketawakan.
Yang kedua pula, dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan masuk dalam bulatan dan kumpulan lagi satu ni, kepung jangan bagi diorang keluar.
Akak kata, boleh terjadi apa saja waktu ni. Terjatuh, terluka, termenangis, terkoyak tudung dan sebagainya.
Tapi, best!
Ada yang buat strategi nak cium lah, nak jilat lah, nak peluklah, nak tumbuk lah. Hahaha. Ketawa tak habis-habis semasa perancangan strategi tu. Tapi bila game dah bermula, satu strategi pun tak mampu dilaksanakan. Kononnya, "weyh, kita pakai strategi yang kedua tu". Saya dalam hati dah terfikir, bila masa pulak kita ada strategi nombor dua ni. -.-
Saya suka mainkan semula video yang dirakam sewaktu game ni, ya Allah, boleh terhibur sorang-sorang. Serius ah, pergilah tengok, kawan-kawan! Semua orang comel sangat. Semua!
Hahahaha.




Dan, pastinya ibrah yang diberi untuk game ni agak mendalam bagi saya.
Kumpulan di luar adalah ibarat orang yang sayang kita, yang taknak kita keluar dari zon dakwah dan tarbiyyah.
Orang di dalam diibaratkan sebagai orang yang meronta, orang yang rebel yang sudah tidak mahu berdiri dalam bulatan kita.
Kumpulan di luar dengan strateginya untuk tidak mahu melepaskan pergi orang yang mereka sayang dalam bulatan ni. Strategi mencium, menjilat, memeluk dan sebagainya lah. Semuanya sebab sayang juga.
Tapi orang di dalam masih rebel, tapi kita takkan pernah sesekali melepaskannya. Sebab, kita sayang mereka. Dalam ramai-ramai, tak semua akan kita berjaya selamatkan, tapi sekurang-kurangnya kita usahakan juga supaya masih ada yang tersisa. Dengan cara, jaga mereka, bersama mereka, dan kasih akan mereka, sentiasa.
Buktinya, bila semua orang dah terlepas, kumpulan di luar yang berjaya tangkap Ummu sorang ni, peluk sekuat mungkin, taknak Ummu keluar. Dan, hasilnya. Ummu tidak terlepas lagi.
Tiba-tiba rasa nak menangis pulak baca ayat sendiri. -.-

7) Kami bukanlah pesakit jiwa, kami cuma nak sambut birthday orang laa

Pada pagi tu, Ada orang cakap, birthday Una harini.
Bincang bincang bincang.
Dan, nak buat surprise la katanya.
Dan, surprise menjadi.

Saya suka tengok ke kreatifan Azra melekat hiasan di dinding walaupun tanpa salotape.
Saya suka tengok kepelikan semua orang pakai baju doktor atau pesakit jiwa untuk majlis sambutan.
Saya suka tengok kegigihan Fatini "berbincang" dengan Husna demi melengahkan masa.

Yang pasti, paling suka bila semua orang memberi ucapan kepada Husna. Kalau saya ni Husna, saya akan saaangat terharu. Saya bukan Husna, tapi saya dah terharu. Apatah lagi kalau saya ni tuan diri.

Ucapan-ucapan yang penuh hamasah.
Ucapan-ucapan yang penuh cita-cita.
Ucapan-ucapan yang bukanlah sia-sia.

Suka sangat.



Nak je bagi ucapan juga. Tapi, saya takpandai buat sweet begitu. Saya mampu hantar mesej je lepastu. 
Una kata,
"Nasib baik Tihah dah tidur. Kalau tak, malu je nampak kita nangis"..
Terdiam saya bila una cakap macamtu. Terkejut sampai taktahu nak reply apa. Jadi, taklah saya reply mesej tu. Haha.
Entahlah, saya pulak yang terharu baca mesej yang Una tulis tu.

Dan, Husna.
Saya dah beri ucapan dalam instagram pada malam birthday tu.

Ingat tau pada ucapan tu.

Berjumpa dengan seorang Husna dah buat saya rasa, menjadi happy tu adalah keperluan sebenarnya.

Terimakasih untuk segalanya.

Moga, saya juga mampu sentiasa serap aura seorang Husna. 跟自己说加油!:)



8) Masjid ke ni?
Menurut apa yang akak-akak RI cakap, masjid Osaka ni dibina atas sumbangan dan usaha pendakwah Islam dari luar negara yang menetap di Jepun. Dan, memang sebenarnya kan, masjid ni hanyalah salah sebuah dari kedai di deretan lot tu. Yang dijadikan masjid.

Di bawahnya, ada kedai serbaneka yang dibuka oleh pendakwah tu, dan berdekatan ada restoran yang dibuka oleh pendakwah tu juga. Semuanya insyaAllah halal.



Sewaktu pergi ke sana, restoran masih belum dibuka. Pukul 4:30pm baru mula, jadi, kami ambil keputusan untuk masuk kedai serbaneka dan cari sedikit bahan untuk memasak nanti.
Beli ayam, rempah "Berahim", beras, dan ada yang beli maggi cup untuk dimakan sementara tunggu restoran dibuka.

Sementara menunggu, kami naik ke bangunan masjid dan mendengar perkongsian oleh Nazirah, dan seterusnya solat.

Tak lama kemudian, pakcik kedai tu datang dan memaklumkan kepada kami bahawa restoran dah dibuka. Jadi, kami bersiap dan turun untuk pergi makan. Menunya adalah nasi arab dan roti nan. Alhamdulillah sedap sangat.



Usai makan, kami naik semula ke masjid untuk solat Maghrib pula. Sesampainya di atas, saya nampak Nazirah sedang muntah-muntah di tandas, dengan akak-akak dan kawan-kawan yang lain sedang bantu mengurut belakangnya.

Kesian tengok. Terfikir, orang yang nampak kuat macam Nazirah tu pun boleh sakit-sakit begitu. Diorang kata, mungkin sebab bawa beban yang berat di belakangnya tu kot. Antara kami empat belas orang ni, Nazirah sorang je yang nampak macam backpacker. Kami ni dengan beg besar la, beg kecil la. Tapi Nazirah, bawa beg belakang je. Tapi beg dia tu lah ada seterika, ada extension. Haha. Apa lah kami semua ni. Eh, tiba-tiba pulak. Nak cakapnya, Nazirah sakit pada hari di Masjid Osaka ni.
Hurm -.-



9)   Nikmat sebuah pantai
Sangat sukar untuk mencari money changer di Jepun ni. Jadi, bila dah tahu di mana boleh pergi menukar wang, maka kami pun terus ambil peluang ini untuk menambah ketebalan poket masing-masing yang telah menipis dengan cepat sekali.

Untuk menjimatkan kos pengangkutan, hanya Azra, Kak Nita dan Fatini sahaja yang ditugaskan untuk pergi ke tempat menukar wang itu.

Sementara menunggu mereka menukar wang, kami yang lain pun pergilah bermain-main di tepi pantai.



Subhanallah pantai ni, cantik sangat! Malah, kecuali kami, tiada lagi orang lain yang bermain-main di sana. Kosong, tenang.

Sangat sangat sangat. Cantik! Jernih! Bersih! Buat pertama kalinya, saya terjatuh hati pada keindahan pantai. Mendengar hempasan ombak yang berulang-ulang, melihat kejernihan langit tanpa pencemaran, menghidu bau pantai menghirup ketenangan, ah! 幸福!



Ada yang duduk berdua, bertiga kelu tanpa sebarang kata. Memandang jauh, laut yang tidak ternampak penghujungnya.
Ada yang bersendiri, membuka helaian kitab Tuhan sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi menampar pipi.
Ada yang menconteng pasir dengan riang dan senyum yang tidak lekang dari bibir.
Malah, ada yang berlari-lari mencari cengkerang untuk membina istana pasir kerana katanya, sewaktu kecil dahulu, sering membina istana yang tidak berkualiti.

Pastinya, semua orang dengan sehabis baik telah memanfaatkan peluang ini sebelum dipanggil untuk meneruskan semula perjalanan.



Tak tersangka bahawa, perancangan ke pantai yang pada mulanya dipandang enteng, telah membawa ketenangan yang tak mampu tergambar walau dengan penulisan mahupun kata-kata.

Mungkin selepas hari ini, destinasi pelancongan yang mempunyai banyak pantai jernih akan menjadi kegilaan setiap dari kami? Mungkin, ya mungkin.



10) Yoyogi park
Menurut apa yang saya baca, Yoyogi Park adalah taman yang terbesar di Jepun. Dan cantik, serta sesuai untuk beriadah bersama keluarga.

Tapi, sedikit kurang menarik adalah, kami pergi ke situ pada waktu winter. Makanya, tak adalah daun nan hijau, bunga nan mekar dan itik nan berenang. Eh, hehe. 

Kalau tak salah saya, nama tempat ni Yoyogi Park. Tapi kalau salah, nak buat macam mana. Saya dah tersalah tulislah.
Ni adalah hari yang sama kami bermain di tepi pantai yang cantik dan jernih tu.



Di Yoyogi Park, kami main satu game yang saya namakan sebagai, "guess the thief". Ececey. Kalau nak bagi sesuatu perkara tu nampak versatil, kena lah letak nama dalam English, barulah orang pandang sikit. Sedangkan kalau diterjemahkan, maksudnya cumalah "teka pencurinya". Err, tak best tak best.

Game ni bagi saya, tak ada lah best sangat. Mungkin sebab saya tak pandai berlakon. 

Apa yang menarik pada hari ini, diorang bahagikan group mengikut tahap banyak cakap dan sikit cakap seseorang.

Jadi, walaupun saya tak adalah sikit cakap, tapi disebabkan tak pandai berlakon, saya diarahkan untuk masuk group pendiam dan pemalu dan sopan dan ayu. Haha.

Lepas dah habis main game, kami berpecah. Ada yang berjalan-jalan nikmati pemandangan dan ada yang duduk sahaja di pondok tu.



Memandangkan duduk di pondok tanpa buat sebarang aktiviti adalah sangat bosan, maka, kami pun main game yang saya namakan, "you wrong and step to the back". Acecey. Hahaha.
Menarik game ni.
Yang menjadi penambah menarik ni bila kami dah tak mampu nak sambung main lagi lepas Izzati mula tanya soalan, "siapakah satu-satunya maharaja perempuan di China?" "Pilihan jawapannya, A 李思思......" 
Haha terjatuh kami dengar jawapan tu lepas membayangkan Hannah Fasihah dalam pakaian maharaja dan di atas takhta di hadapan ribuan askar.
Saya tak pasti siapa yang comel dalam keadaan ni. Maka, game tamat dengan begitu sahaja.

Selepas semua orang dah kembali semula ke pondok, kami pun meneruskan lagi pengembaraan jaulah kami dengan bahagia di hati.


11) Kedai seriya
Kiranya di Jepun ni, kedai Seriya adalah seperti kedai "RM2" kat Malaysia tu lah. Semua barang berharga 100yen.



Tapi bagi saya, kedai tu tetap mahal juga. Sebab tu, saya tak ada lah beli sangat barang di kedai ni. Saya suka convert duit dan bandingkan dengan Malaysia dan China, jadi, jawapannya adalah, No!

Cuba teka, peminat kedai ni adalah siapa?
Jeng jeng, jawapannya jatuh kepada, 


Salihah!

Haha. Anak ini, kalau masuk kedai Seriya, ada je barang yang nak dibelinya. Alahai, comel macam adik-adik saya. 

Tapi, barang yang dia beli tu, bermanfaat juga sebenarnya. Duit jaulah kitorang, bendahari letak dalam dompet Seriya Salihah ni lah, haha. Terima kasih awokkk.


12) Osaka castle
"Osaka Castle adalah replika daripada istana asal yang dibina pada tahun 1580-an. Dinding batu yang mengagumkan, daun emas memangkas yang elegen, dan bumbung tembaga menjadikannya pameran yang menakjubkan tentang masa lalu Osaka. Terdapat tempat duduk di atas tingkat lapan bangunan ini yang menjadikannya tempat yang hebat untuk pemandangan panorama di kawasan sekitarnya."
---tertulis atas tentatif oleh PIC Jepun



Di sini, saya memilih untuk duduk di luar bersama dengan tiga orang yang lain yang tidak mahu masuk ke dalam castle juga. Di luar ni, boleh mencuba baju samurai secara percuma, juga.

Jadi, duduk di luar berborak-borak sambil mengira wang. Haha, yang kelakarnya, memang dari awal hinggalah jaulah tamat, mengira wang tu adalah satu perkara biasa yang kami buat setiap hari dan di mana-mana sahaja. Sekeping demi sekeping syiling dikeluarkan. Duit kertas yang bergulung pun, dibuka gulungannya.
Ini adalah destinasi lawatan yang sudah di belakang-belakang di Jepun, jadi, ada yang mahu habiskan je baki duit yang dia ada.

Lepas selesai mengira, Fatini cakap, "okay, jom cari makanan". Nak belanja katanya. Hihi. Jadi, kami dapatlah rezeki kentang goreng dan takoyaki.



Sewaktu sedang seronok makan, kami didatangi oleh dua orang wanita Jepun. Katanya, dia boleh berbahasa Mandarin dan English juga. Sangat ramah mereka memulakan pergaulan. Katanya, terpanggil nak berbual dengan kami sebab mereka pernah pergi ke Malaysia dan jumpa ramai orang pakai tudung macam kami. Kami ni, bila orang dah nak baik dengan kami, mestilah nak layan dengan ramah juga. 

Tiba-tiba dia keluarkan ipad dan tunjukkan satu kata-kata hikmah tentang persahabatan. Tulisan English.
Seperti asas persaudaraan dalam Islam juga lah. Kemudian, dia buka satu video berkaitan persahabatan.
Sewaktu tu, baru saya faham. Rupanya mereka ni adalah pendakyah Kristian. Ayat yang awal tadi tu adalah ayat dari bible.



Disebabkan tidak terlalu fokus menonton video, jadi, saya pun tak ada lah faham sangat tentang apa yang ditunjuk tu, tapi, saya yakin, mesti lebih kurang sama je macam apa yang kita belajar dalam agama Islam ni sendiri.
Mungin kerana respons kami berempat kurang memberangsangkan, diorang pun tak berani nak terangkan dengan lebih melebar.

Diorang kata, diorang pun tahu, kami ni orang Islam. Islam juga mengajar perkara yang sama tentang akhlak. Lepas tu, diorang bagi kad tentang persatuan diorang dan berlalu pergi. 

Huhu. 

What can we learn there? Taraaa.

Diorang dah bergerak, kita bila lagi?

13) Makan sushi



Harini, kami tak ada buat aktiviti yang berat sangat.
Dan, pada saat tu, ada yang sedih takdapat makan sushi. Katanya, sekarang dah nak habis melawat Jepun, tapi tak merasa pun makanan tempatan Jepun.

Sewaktu lalu-lalang di bawah stesen subway tu, nampak baaaanyak sangat kedai sushi.
Dan, hati setiap dari kami meronta-ronta nak makan.
Waktu ni, kumpulan terpecah dua.
Satu tu ada Fatini, Hanis, Nazirah, Kak Nita dan Kak Dibah.
Yang lain pula semuanya ada dalam satu kumpulan yang sama. Saya berada dalam kumpulan yang ramai. Kumpulan yang ramai ni berjalan sampai ke satu taman yang ada banyak lampu. Pastu, di atas bangunan tu, boleh nampak pemandangan kota yang boleh tahan besarlah.
Janjinya nak kumpul pada ‪jam 8 pm‬‬‬. Tapi, kumpulan yang ke taman ni, terlajak masuk satu stesen selepas Tsuruhasyi. Tsuruhasyi adalah stesen dimana kami merancang untuk berkumpul. Kami jalan jauh sangat sampai terlajak.
Disebabkan tu, kami pun minta kumpulan lagi satu untuk pulang dahulu ke rumah.

Memandangkan sudah terlajak, dan diorang sudah pulang dahulu, kami pun pergilah singgah sebentar ke kedai sushi.



Tu yang dapat makan sushi kat Jepun tu.
Dah balik jaulah, barulah rahsia ni boleh dibongkarkan kan?
Tapi, saya tak berani makan yang mentah. So, saya order sotong goreng je kat situ. Takpe, tak terkilan pun. Err. Tak pun. Hurm.

Seronok tengok yang lain makan dengan comel. 
Ada yang kenakan kawan dengan masukkan wasabi banyak-banyak la.
Ada yang berkira-kira duit la.
Ada yang buat lawak yang tak sampai pada saya la.

Haha, yang pasti, ada satu bahagia yang saya nampak dalam 环境 tu.
Dan, ia saya rakam dalam momen wechat.
Sebab, memang seriusssss saya suka tengok semua orang pada waktu itu. Takdapat makan sushi, tapi, bahagia dari orang lain tu, mampu sampai dengan saaaaaangat banyak dalam diri ni. 
爱看你们脸上的笑容的我。


14) Osaka Aquarium Kaiyukan
Di Osaka Aquarium Kaiyukan, kami boleh tengok bermacam-macam jenis hidupan laut yang sukar dilihat dari permukaan air.

"Mempunyai tangki akuarium terbesar di dunia dan memaparkan pemandangan hidupan akuatik. Ini termasuk antara 15 habitat semula jadi dan 35000 spesimen daripada hutan Jepun, ikan jerung, ikan paus, penguin Artik dan labah-labah raksasa ketam. Dinding tangki dipasang dengan lapisan kaca, bertujuan untuk tetamu merasai seolah-olah mereka sedang bermain bersama-sama dengan makhluk laut."
---tertulis atas tentatif oleh PIC Jepun



Untuk masuk ke sini, kami perlu ada 15 orang untuk beli tiket berkumpulan di mana murah sedikit berbanding dengan jika beli secara individu. Tapi, selagi tak cukup 15 orang, orang Jepun yang terkenal dengan disiplin mereka yang hebat ni, takkan benarkan kami untuk masuk. Kami jadi risau sebab dah beli tiket pada waktu tu. Maka, kami berlari-lari mencari orang untuk tolong masuk bersama kami.

Alhamdulillah, tak lama kemudian, kami terserempak dengan seorang akak dari Indonesia ni, yang sudi mahu bersama kami, masuk ke dalam.

Selepas dah melepasi pintu masuk tu, kami bergambar sebentar, dan akak pun keluar dari situ. Terima kasih akak :)



Kami berpecah di sini. Saya berjalan dengan Fatimah dan si dia. Seronok sangat melihat hidupan-hidupan laut yang comel tu. Terasa juga macam nak jadi ikan yang cantik tu. Yang berenang-renang dengan girang bersama kawan-kawannya, yang bermain air sejuk dan nyaman tu, dan yang nampak sangat tenang hidup di situ.

Tapi kemudian Fatimah 扫我的兴. "Tapi kan awak, ikan akan dimakan." Err okay. Tapi awak, saya suka tengok ikan-ikan yang comel tu... Hurm.. 

Cuba teka, apa haiwan kegemaran saya.

Haa, Saya suka penguin. Dan, di sini, impian saya sejak kecil dulu untuk melihat penguin pun tercapai. Penguin memang comel. Nyekk nyek. Nampak blur je berdiri tegak. Haha. Awak ni comellah cik penguin. Nyek nyek.



Sedang menikmati kecomelan hidupan-hidupan laut tu, ada satu suara hinggap di cuping telinga, "Korang, tak solat lagi ni". Jadi, kami pun pergi lah duduk di kerusi sementara tunggu si dia solat di tangga kecemasan.

Dalam masa lima minit kemudian, si dia datang dengan memuncungkan mulut, berjalan dengan kalut di hadapan kami. Pelik saya tengok dia pada waktu itu. Bila saya tanya apa dah jadi, jawapannya adalah, "uu uuu uu uuh". Eh budak ni dah kenapa. Tiba-tiba dia buat gaya angkat takbir. Gelak kuat saya lepastu. Sapa faham apa yang saya nak sampaikan?

Si dia nak cakap kat saya,
Sewaktu dia baru selesai solat jama' Zohor, pengawal keselamatan halau dia tak bagi solat di situ. Dia belum selesai solat Asar lagi, sebabtu jalan dan bercakap macam tu. Hahaha.
Apa apa je la awak.

Habis saja si dia solat, kami menyambung aktiviti berjalan-jalan di akuarium tu. 

Di penghujung jalan, saya nampak Salihah dan ajak dia keluar pergi beli ais krim. Maka, tamatlah sesi lawatan kami di akuarium. Ini adalah tempat pelancongan terakhir yang kami kunjungi di Jepun. Jadi, saya betul-betul habiskan duit di sini. Dengan cara, makan ais krim hehe.

15) Kami dah merasa tidur atas lantai di airport, anda bila lagi?

Tidur bukan sebarang tidur, tidur beralaskan sejadah dan sleeping beg. Atas lantai! Di airport!



Ni hari terakhir di Jepun. Keadaan agak serabut pada malam tu. Ada total tiga group bergerak berasingan dari rumah kak Yaya. 
Dan, inilah kali pertama saya tidur di airport. Taktahu la pulak orang lain dah berapa kali buat macam ni.

KOREA



1)  Ahli kita bertambah lagi
Pada hari terakhir di Jepun, Fatini terpaksa pulang kerana ada halangan kesihatan. Maka, kuranglah seorang ahli Eunoia dengan kepulangan Fatini ke Malaysia.

Setelah bangun dari tidur di airport Jepun pada hari itu, kami pun terus mencari tempat untuk check-in bagasi. Selesai sahaja sesi check-in bagasi dan penantian, maka kami pun terbang ke Korea dalam keadaan tidak sedar bahawa sebenarnya banyak juga kenangan yang telah kami tinggalkan di Jepun. 

Kami sudah tiba di Korea. Dan, alhamdulillah di sini, kami berkumpul dengan Hazirah yang baru sahaja terbang dari Malaysia. Maka, ahli jaulah bertambah menjadi empat belas semula, sebagaimana seperti di Jepun haritu.

Sejujurnya pada waktu itu, saya ada terfikir bagaimana akan Hazirah hadapi hidup bersama kami yang lain, yang sudah kira-kira seminggu lebih bersama untuk saling-mengenali.

Tapi alhamdulillah, nampaknya Hazirah bijak menyesuaikan diri.

Bila bergabung dengan Fatihah, meletoppp. Hehe. Macam yang ilyana kata dalam instagramnya haritu lah. Sangat seperti adik-beradik. Tak menahan saya kalau tengok diorang dua duduk sekali. Hai korang~~~ ;)

2) Bagasi banyak roda berputar di atas jalan tar

Sepanjang panjang panjang jaulah, kami banyak mengangkat, mengangkut, mengheret, memikul dan merosakkan bagasi. Eh, haha. Dan, macam-macam lah. Tapi seriuslah, bagasi rosak.
Saya mengucapkan takziah kepada Azra dan Ilyana atas pemergian bagasi kalian. At least Azra, ada bawa bagasi baru khas Made in Japan, kan :)
Untuk berjaulah, sangat tak digalakkan bawa bagasi besar dan banyak. Sebab, kita sendiri akan letih. 

Destinasi kita, bukan satu, bukan dua. Tapi, sepuluh, dua puluh. Bayangkan kalau setiap hari kena spend at least sepuluh hingga lima belas minit mengangkut bagasi yang banyak dan berat di atas jalan. Hurm, boleh rosak dan tercabut pinggang tu, gais.



Ahli jaulah masing-masing tunjukkan kerjasama yang sangat memberangsangkan. Tak ada yang nak bebel akan kesusahan yang dihadapi dengan bagasi-bagasi gergasi tu. Tak ada yang bertindak lepas tangan bila tengok kesusahan yang lain. Dan tak ada pun yang rasa negatif bila letih dan perlu membantu yang lain.  Saya ulang, tak ada! Okay, cukuplah ulang sekali. Sebab, memang tak ada.

Orang yang beg sikit dan kecil, walaupun kudrat mereka sebenarnya tak cukup nak membantu pikul bagasi orang, tapi masih. Tetap membantu!


Yang paling takmampu dilupa adalah momen, mengangkut beg di ditie di Korea. MasyaAllah tangga, tingggiiii saaaangaaatttt. Banyak kali pulak tu.
Satu demi satu beg diangkat.
Sampai entah bagaimana, sistem rantaian mengangkat beg tercipta. Sewaktu pergi Gyeoul Gathering pun masih amalkan sistem ni. Rasa macam orang bijak pulak. Sedangkan, ni bukan idea saya lah. Taktahu pulak idea siapa yang bijak sangat ni. Yang pasti, sistem tu menjimatkan tenaga dan masa ramai orang :)
Haa, sambung kepada ditie.
Kan kami ramaaai, pastu beg banyak, besar pulak tu. Berat pulak tu. Ada yang rosak pulak tu.
Sampaikan, orang korea tolong kami sekali.

Serius kelakar time tengok tu.

Dengan muka kami yang takcukup rehat tu, takcukup makan tu. Semua orang, comel.
Orang Korea rasa simpati, mungkin. Terus patah balik panjat tangga, tolong kami.
Terima kasih sis Korea yang tak dikenali. 

#sisterharu

3) Fairy tale village
Kalau tak salah saya, Fairy Tale Village merupakan destinasi pelancongan pertama yang kami lawati di Korea. Bagi saya, tempat ni biasa-biasa sahaja. Sekadar untuk snap gambar berlatar belakangkan kartun Disney bersama orang tersayang.

Kami bergerak mengikut group polis ketika di sini. 

Sedang leka bergambar, ternampak pula sebuah warung gula-gula kapas. Jadi, kami pergi ke sana untuk membeli gula-gula kapas yang cantik tu. Tapi, akhirnya Kak Dibah seorang je yang beli. Dia belanja kami semua makan gula-gula kapas tu. Sharing is caring and loving gais.
Waktu ni, barulah tahu, Kak Dibah dulu-dulu mungkin sangat minat menonton drama Korea, jadi, akak mampu berbual basic dengan pakcik kedai tu.
Mungkin berasa hairan melihat kami memakai sesuatu di atas kepala, pakcik kedai pun tanya kepada kami tentang tudung kami. Kami menjawab la, kami pakai sebab kami adalah Muslim.

Reaksi pertama pakcik tu selepas mendengar jawapan kami adalah, "terrorist". Terdiam kami. Mujurlah makcik di sebelah tu macam baik je, buat lawak pula dengan kami dan pakcik tu. Memandangkan gula-gula kapas dah siap dibuat, kami pun bayar dan terus berlalu pergi. Lupakan begitu sahaja tentang pakcik tu.



Selain itu, sewaktu di sini, kami sempat merasai sotong goreng berempah yang sedap bangettttt. Saya berkongsi makan dengan seorang ahli group polis saya. Harganya dah tak ingat, tapi macam mahal juga. Tapi, disebabkan sedap, mahal pun takpe lah.

Tiba-tiba, hujan turun dengan renyai-renyai. Jadi, ada beberapa orang jaulahmates membeli payung yang dijual dengan banyak sekali di situ. Ada juga yang berkongsi beli payung. Makanya sekarang, saya taktahu apa khabar payung mereka tu. Haha. 还活着吗?现在是谁的呢?

Selepas semuanya sudah berkumpul, kami pun berjalan pulang ke RI semula.

4) Keadaan RI Inha bersama #eunoia们
Day 2: Entah kenapa, haritu, letih sangat.

Masing masing letih. Tuan rumah tak ada. Rumah Islam (RI) lah, katakan. Bilik tu, katil tu, peti sejuk tu, air tu, semua tu, kecuali choki choki, kami pakai sangatlah macam milik sendiri.



Waktu itu, nampak Azra, sedap je atas katil.
Memang sejuk time tu.
Bilik tu sama ada heater takde, atau tak pasang heater pun taktahu lah.
Yang pasti, sejuk.

Masuk dalam bilik Kak Izyan, nampak katil, nampak Azra. Tarik selimut, letak kepala. Tidur. Petang rasanya.

Entah kenapa waktu tidur tu, rasa macam nak peluk something time tu, terus saya peluk si Azra tu.

Tak lama kemudian, terus terbuai dalam kegelapan bilik.

Tiba-tiba dengar bunyi bising. Jadi, saya pun bangun. Tengok-tengok diorang dah siap masak nasi dan lauk pun. Saya dengan sangat tak segar ni, tanya lah ni pagi ke malam. Ye lah, orang baru bangun tidur kan. Tengok jam pun tak pasti dah betul ke tak.



Saya pun bangun makan nasi dengan tenang bila saya tahu sebenarnya saya cuma tidur sampai malam dan bukannya sampai pagi keesokan harinya.
Telur goreng dan sambal. Ambil telur sorang sebiji. Okay. Makan.

Saya pun tak pasti tentang cerita diorang kena marah tu.
Waktu saya bangun tidur, diorang gelak-gelak cerita ada sorang pakcik ni buka pintu rumah tu and marah diorang.

Katanya, waktu tu, Nazirah goreng telur. Rupanya tu telur busuk yang sangat busuk. Dia tak tahu tentang kewujudan telur yang bernama busuk dan sangat blur. Diorang yang kat situ, terus bukak tingkap dan gelak kuat sangat. Saya boleh bayangkan macam mana, hehe. 
Sebab tu pakcik tu datang marah.
Hahaha. Kelakar laaa.

5) Nami Island
Dalam perjalanan menuju ke Pulau Nami, kami terserempak dengan seorang pakcik bersama basikal mini nya di stesen subway. 
Kami berbual dengan meriah bersama pakcik tu.
Tapi, semuanya bertukar hambar selepas pakcik mula menggelar kami sebagai terrorist dan orang jahat yang membunuh selepas mengetahui bahawa kami adalah Muslim. Terus-terusan dia menghina kami. Tapi menghina yang tak kasar sangat pun. Cuma, masih dalam kategori menghina lah.
Aih, teringat pada momen makan gula-gula kapas di Fairy Tale Village.
Sangat sukar untuk kami berkomunikasi atas batasan bahasa.
Di sini, barulah saya faham, rupanya orang Korea masih sempit pengetahuannya tentang Islam. Mereka hanya berharap sepenuhnya kepada apa yang disampaikan di media. Jadi, dapatlah jawapan yang begitu.
Penting juga untuk kita belajar bahasa asing, untuk menjalankan tugas kita atas muka bumi ni, kan?

Selepas subway datang, kami pun naik dan abaikan pakcik tu. Nak buat apa pun tak tahu, sebab kami tak reti bercakap.
Selepas melalui perjalanan yang agak panjang, alhamdulillah kami selamat tiba. :)

Salji turun! Jadi, kami sempat merasai salji pertama di Korea semasa ke Pulau Nami. Kami ke Pulau Nami dengan ditemani oleh Kak Izyan, iaitu akhawat Korea yang kami tumpang rumahnya tu.



Perjalanan ke pulau menaiki kapal hanya mengambil masa kira-kira lima hingga sepuluh minit. Tak sempat nak menikmati apa-apa sangatlah di sini, kecuali sebab salji turun, jadi kami sempat menikmati salji atas kapal. Eksaited memandikan diri dengan salji yang perlahan-lahan jatuh.

Perkara pertama yang dibuat semasa di sini adalah, berjalan mencari kedai makan.
Kak Izyan bawa kami makan nasi goreng kimchi a.k.a Tosirak. Sedap juga rupanya makanan tradisional Korea ni.

Ada antara kami yang tak suka makan kimchi, jadi diorang ikut Kak Izyan makan di kedai bersebelahan kedai nasi goreng kimchi. Kedai halal. Dan, dengar kata, sedap juga makanan di situ. Mi hitam. Bunyi macam tak sedap, nampak pun tak sedap. Tapi bila dimakan, serius sedap.



Sebaik sahaja selesai makan, kami naik ke tingkat dua di kedai halal tu, untuk solat jamak Zohor dan Asar. Macam biasalah, perkongsian diberi selepas solat dan kami sambung dengan main game.

Game di sini adalah membuat origami love.
Selepas siap membuat origami, kami perlu menulis satu aktiviti yang kami nak buat dengan seseorang. Dan, main passing kertas tu sampailah Kak Nita suruh berhenti.
Tugasnya, selesaikan aktiviti tu sebaik sahaja pulang ke Beijing nanti.
Saya sangat setuju dengan game ni, sebab, dengan itu bolehlah kami masih keep in touch walaupun jaulah sudah tamat nanti.

Ada yang nak minum kopi sambil melihat bintang ditemani bunyi ombaklah, ada yang nak main badminton lah, ada yang nak buat kuih tradsional lah, ada yang nak tidur peluk orang sebelah lah, ada yang nak berlakon lah, dan macam-macam lagi aktiviti. 我的任务都完成了!

Selepas selesai main game, kami pun meneruskan aktiviti bergambar dan bermain salji di Pulau Nami.


6) Makan sulbing
Sejak sebelum ke Korea lagi, ramai orang dah pesan, jangan lupa makan sulbing. Sebab sulbing ni, payah nak cari kalau di tempat lain. Mungkin boleh dikatakan wajib bagi pelancong untuk makan sulbing.
Memang, sedap sangat. Macam makan salju. Harga adalah 10000won untuk satu mangkuk. Saya paling suka yang buah mangga sebab rasanya lebih menyengat. Seeeeedappppp.



Selama di Inha, saya pergi dua kali kedai sulbing ni. Well, sedap sangatlah katakan.

Yang pertama, eunoia们 semua pergi. Kami order tiga mangkuk sulbing. Sambil-sambil tu makan topokki cheese. Ya Allah topokki cheese, pun sedap sangat. Pedas.

Ingat tau, kalau pergi Korea, wajib cuba sulbing dan topokki cheese.

Kali kedua pergi dengan Fatimah, Fatihah dan Aliffa.
Yang lain makan alchon. Saya dan Fatihah pula teringin nak makan topokki cheese lagi. Aliffa dan Fatimah tapau alchon.

Jadi, bawa lah topokki dan alchon tapau ke kedai sulbing ni. Kami makan di situ. Sedang saya khusyuk makan, Salihah pun sampai. Oh lupa nak cakap, saya share topokki dengan Salihah. Jadi, sambung makan sambil diperhatikan oleh Husna.

Saya termakan alchon Fatimah pulak. Pun sedap sangat. Dan, sedikit menyesal sebab tak beli. Muka mungkin muka menyesal, jadi Husna tawarkan untuk tolong saya pergi beli alchon. Hihi. Berlari-lari dia ke kedai alchon semula, demi tunaikan hasrat hati saya. Baiknya awak.

Husna ni kan, dari airport Beijing haritu lagi dah buat saya terharu.

Dia selalu berpegang pada konsep, "harini kita tolong orang, nanti Allah akan tolong kita pulak". Memang melekat ayat tu pada saya.

Jadi, malam tu, saya makan banyak sangat.

Sedang makan dengan sedap, pekerja kedai sulbing datang ke arah kami. Katanya, tak boleh bawa makanan luar dan makan di situ. Huhu. Terpaksa lah bungkus semuanya, dan pulang sambung makan di RI. 

Sekian kisah makan.

7) Deretan kedai halal berdekatan Masjid Itaewon
Kalau menurut apa yang saya dengar, ini adalah satu-satunya masjid di Korea. Sebab, bilangan penduduk Korea yang beragama Islam memanglah sangat sedikit, dan mungkin juga tak ada.

Dalam masjid itaewon.

Tapi kan, ya Allah, banyaknya kedai halal di sini, memang tidak terkata. Dibuka oleh bukan penduduk tempatan. Kebanyakannya adalah Bangladesh dan Pakistan.

Rambang mata, taktahu nak makan di kedai mana.
Pada mulanya, berhasrat nak makan di kedai yang menunya sangat banyak.
Tapi entah kenapa kedai Murree Muslim Food juga yang berjaya pikat hati kami.
Mungkin juga kerana di luarnya ada tertulis Korean Food.

Di Jepun haritu, atas faktor wang yang sangat mendesak dan juga mungkin kekangan masa, banyak makanan Jepun yang tak sempat kami rasa. Jadi, bila dah sampai di Korea, kami taknak lagi sejarah lalu menerjah kembali.

Dengan adanya kedai halal makanan Korea, bolehlah kami mencuba menu Korea daging yang halal dimakan.

Tapi, sayang. Menu di kedai tu sedikit sangat. Dan, nampak tak menarik. Disebabkan sudah melabuhkan punggung, dan diberi menu untuk dipilih, jadi kami teruskan je lah rancangan untuk makan di situ.

Muka takpuas hati sebab menu macam takbest hurmmm..

Maka, makanlah kami di situ.

Kedai tu sangat mendapat sambutan dalam kalangan pelancong Malaysia, mungkin. Sebab time kami masuk dan nak keluar, ada je pelancong Malaysia lain yang mula nak masuk makan.

8)     Picnic dalam rumah
Sepatutnya, pada hari ni, kami menjadualkan untuk pergi piknik. Tapi, atas faktor sejuk yang melampau dan tak nak keluar rumah, maka kami memilih untuk piknik dalam bilik je.

Terima kasih PIC, kerana memahami hasrat kami. 我们爱你。 chia chia chia. 

Berbekalkan barangan basah yang dibeli berdekatan masjid Itaewon tu, kami pun memulakan misi memasak makanan untuk piknik.

Ada yang memasak nasi, ada yang memerap ayam, ada yang memotong sayur, ada yang membasuh sayur, ada yang mengemas rumah dan segala jenis aktiviti yang logik untuk disenaraikan lah. Memandangkan ada empat belas orang, logik je korang nak senaraikan beberapa aktiviti pun sebab insyaAllah bermacam ragam yang boleh dilihat pada pagi hari tu. Oh, lupa nak cakap.
Menu pada hari ini adalah nasi ayam. Nyam nyam nyam.



Serius ah, sedap sangat nasinya, ayamnya, supnya, sambalnya dan airnya.

Pernah tak, dengar orang cakap,
Pergi ke sesuatu tempat tu, yang penting bukanlah tempat, tapi orang yang bersama kita sendiri pada waktu itu.

Sesuai la dengan situasi piknik tu. Walaupun kami hanya duduk makan-makan dalam rumah, tapi tetap seronok. Tak perlu keluar pun sekiranya kebahagiaan dah ada dalam rumah tu sendiri. Yang penting, nikmati je kebahagiaan yang ada sementara kita masih mampu menikmatinya, kan.

爱你们的我。

9) Namsan Tower
Nama pun tower, sepatutnya kena lah naik menara tu kan. Tapi, kami semua memilih untuk tidak naik menara.

Entahlah. Kurang tertarik nak naik menara pada waktu ini.

Di sinilah, kalau orang datang Korea, mesti nak ambil gambar atas kerusi patah berlatar belakangkan padlock yang banyak tu.
Padlock cinta hati.
Seronok tengok ucapan-ucapan yang bermacam jenis atas padlock tu. Dalam banyak-banyak tu, saya tertarik pada padlock "I love emak". Walaupun saya bukanlah emak dia, tapi, saya pulak yang terharu. Mesti mak awak pun sayang awaklah. 



Sewaktu kami di sini, salji turun dengan boleh dikatakan lebat juga. Jadi, bergambar pun sangat cantik. Ranting pokok yang dibaluti salju putih, ah, macam cerita kartun "Frozen" sangat.

Semenjak datang ke Korea ni, saya dapat rasakan, saya semakin jatuh suka pada salji. Betullah perasaan-perasaan yang orang cakap boleh tenang bila nampak salji ni. Sebab, ya, memang tenang pun!



Waktu saya sedang main-main di atas, saya terserempak dengan Kak Nita. Kak Nita ajak saya bergambar, lepastu, ajak saya berlari ke kedai di bahagian bawah. Saya pun ikutlah.
Katanya, nak beli hadiah kepada seseorang.
Dan, saya suka tengok muka Kak Nita sewaktu cari hadiah ni. Mungkin, setiap kali Kak Nita cari hadiah, Kak Nita akan sebahagia itu.
Dan, orang yang terima hadiah tu, saya nak sampaikan ucapan ni. Jaga hadiah tu elok-elok tau. Sebab, saya dapat serap aura happy Kak Nita pada waktu tu, hihi. She really loves you :)


10) Gyeoul Gathering (GG)
Sebenarnya, antara tujuan utama jaulah ni adalah untuk menyertai GG. Tapi, jujur. GG bukan tujuan utama untuk saya menyertai jaulah. GG ni kiranya dah termasuk dalam tentatif, maka, saya ikut je. Saya ok je kitorang nak ataupun taknak sertai GG pada waktu tu.



Panjang cerita kenapa saya boleh terjoin juga jaulah ni, tapi biarlah cerita tu kita letak di tepi, sebab ni bukan diari saya sorang. Ni untuk semua orang, letihlah kalau sikit sikit cerita saya, saya dan saya. Cumanya kawan-kawan, maaf kalau ada terselit banyak juga catatan yang kaitannya hanya ada pada saya. Hehe. Biasalah, perasaan kita je yang akan lebih kita faham.

Apa GG tu, dan kenapa perlu ke GG?

GG ni program tahunan pelajar AMIR Korea yang diadakan semasa winter dan selalunya menggabungkan Korea dengan Jepun dan China. Oh, pesertanya hanyalah orang Malaysia ye. Mereka ni pelajar di salah satu dari tiga negara tersebut yang berada di bawah AMIR. GG juga tergolong dalam jenis-jenis daurah yang pernah kita dapat di China tuuu.
Cukuplah sependek ni je pengenalan tentang Gyeoul Gathering.

Pada hari pertama.
#eunoia们 bertolak dari RI di Inha menaiki subway demi subway untuk ke tempat perhentian bas ke lokasi program.

Lepas tiba ke tempat bas, kami naik bas, dan perjalanan bermula.
Atas bas, Husna mengetuai bacaan doa naik kenderaan. Alahai comel. "........Moga tak pening-pening..........amin". Vrooom, enjin bas memulakan misi, dan kami pun cuba menikmati saat di atas bas dengan sebaik mungkin.



Di atas bas, kami diberi sarapan nasi tumbuk. Malangnya, saya tak ingat nama Korea bagi nasi itu. Bagi saya, nasi tumbuk ni, sedap sangat. Sangat tu, memang sangat la. Nasi sebesar penumbuk disaluti seaweed yang banyak dan mengapit tuna ditengahnya. Simple je, tapi sedap.
Bolehlah kalau nak cuba buat di Beijing. 但要给我品尝哦! Hihi.

Perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam tiga puluh minit.
Apa lagi? Tidurlah duhai sahabat. Kita berehat sebelum terlambat. Terlambat apa pulak, kan. Ye la, terlambat kalau kalau mungkin baru nak lelapkan mata, tengok-tengok sampai terus. Jadi, lepas makan, tidurlah.
Seriuslah, tidur tu walaupun atas bas, dan masa tak ada lah panjang sangat, nikmat tu, macam tidur atas katil, semalaman. Nak kata puasnya tu kan.

Alhamdulillah selamat tiba.

Nak dipendekkan cerita, beg selesai diletak, pendaftaran, dan sesi bermula.

Yang pertama adalah sesi ice-breaking di mana kami perlu mencari nama orang yang dilekat di belakang baju kami tu dan berkenalan. Oh, jangan lupa untuk cakap, "saya sayang awak kerana Allah".

Stop. Saya taknak la cerita dengan teliti sangat. Biar saya sampaikan basic basic je la..

Sepanjang hari pertama dan kedua, tak henti-henti sesi berkenalan berlangsung walau di mana jua saya berada. 

Saya ni pula, bukanlah jenis yang suka buat proses begitu. Jumpa orang, again tanya, student mana, nama apa, belajar apa, asal mana. Ahh, itu sangatlah bukan saya. Bagi saya, perkara itu sangat awkward dan perlu dielakkan.

Jadi, saya hidup dengan terhuyung-hayang ibarat ditiup angin saja selama dua hari tu. Salah saya jugak. Sapa suruh tak cuba berkenalan! Dan, memang rindu betul pada perjalanan jaulah sepanjang waktu tu.

Tapi, bila dah masuk hari ketiga dan keempat, saya mula rasa seronok. Aura positif secara tiba-tiba datang, suka senyum, dan cuba bergaul. Bahagia. Dan, mula rasa suka berGG.


Sepanjang GG, antara aktiviti yang dibuat adalah riadah, barbeque, mendengar pengisian, mendengar pengalaman DnT negara lain-lain, mathurat bersama, almulk bersama, solat bersama, persembahan dan gotong-royong masak bersama. Err, sebenarnya banyak lagi yang belum tersenarai. Sis dop ingat deh.



Seronok tengok semangat setiap orang. Dari junior umur 20 tahun sampailah senior umur 26 tahun. Semuanya ada sesuatu yang saya ada dan juga tak ada.

Semuanya ada semangat masing-masing.
Saya suka tengok kepetahan seorang adik group saya ni, bercakap tentang cita-cita besarnya untuk jadi naqibah nanti.
Saya suka tengok senyum manis akak faci yang terima saja semua yang kami cadangkan walaupun pelik.
Saya suka tengok ahli group yang comel comel bercerita.

Saya suka bahagian perkongsian tentang DnT di negara tempat belajar masing-masing. Di situ, baru nampak dengan jelas bahawa, ramai sebenarnya yang di luar sana bersama-sama nak perbaiki diri. Kita tak pernah bersendiri. Seronok bila tengok semua orang, yang buat kita rasa, "oh, kita akan bersama dengan diorang ni laaa di syurga nanti". Bahagia.

Satu malam tu, saya sedang duduk bersandar di dinding. Ditemani malam yang tak sunyi. Melihat peserta-peserta lain dengan aktiviti masing-masing. Ada yang berbual, ada yang makan, ada yang berjalan, dan ada yang dah nak masuk tidur. Saya, hurm, mengelamun mungkin.
Tiba-tiba terdengar seseorang sedang bercerita tentang dapatannya pagi itu kepada kawannya di sebelah.
Mungkin, Tuhan mahu saya faham sesuatu di situ. Kata-kata yang saya tumpang dengar tu pun, dah cukup buat saya rasa seperti, ya, kata-kata tu untuk saya.


Selepas sesi LDK demi LDK, maka kami dah nak sampai hari terakhir. 
Kami perlu buat persembahan. Dan, saya yang sebenarnya kurang suka persembahan ni, rasa terhibur dengan persembahan demi persembahan yang ada. 

Seronok.

Tapi, kalau akak-akak nak buat daurah nanti, saya tetap taknak ada persembahan lah. Huhu. Hehe. Bila saya cakap taknak, maksudnya taknak laaaaa.

Keesokan harinya, berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada pemenang persembahan dan peserta terbaik.

Tahu?
Hanis Zaini dari China dapat anugerah peserta terbaik!

Hanis, sejujurnya, saya suka tengok Hanis dalam GG ni. Apa yang Hanis lontarkan dalam perbincangan kumpulan, seolah-olah sama dengan apa yang saya sedang rasa. Dan, kadang tu, saya dapat rasakan, kita sama, Hanis. Malah, saya perlu lebih kuat memperbaiki diri. Semangat Hanis untuk perbaiki diri tu, dah buat saya turut bersemangat, sebenarnya. Terima kasih, Hanis. Moga, Tuhan jaga kita. Semuanya. 

Dan, alhamdulillah. Dengan itu, tamatlah GG dengan jayanya. :)

11) ho/s/tel terlebih order bilik
Saya pun tak tahu sangat tentang bagaimana masalah ni boleh terjadi. 

Menurut apa yang saya faham, akak Korea salah faham bahawa selepas GG, akhawat China yang bukan ahli jaulah pun nak menginap di hotel yang sama dengan kami.

Jadi, terlebih tempah dua bilik.

Memang wang terlebih bayar, tapi kemudian dipulangkan semula kepada kami atas budi bicara akhawat Korea.
Tak pasti jugak bagaimana diorang kira, tapi, yang pasti alhamdulillah banyak juga baki yang kita dapat semula.



Dah alang-alang terlebih bilik, kami pun manfaatkan lah sebaik mungkin bilik lebih ni. Kunci tu diambil dan disimpan di bilik mereka yang di tingkat dua dan di bilik mereka yang di tingkat tiga.

Bagus juga bilik lebih ni. Tak ada lah kami nak berebut toilet sangat lagi. 

Dan, kami ada ruang untuk menyidai pakaian. 

Malahan lagi, kalau beg dah serabut sangat, boleh la buat bilik lebih ni untuk simpan barang berlebihan tu. Berguna kan? 

12) Shopping barang before balik Beijing
Ini pulak boleh dikatakan outing besar-besaran kami sebelum jaulah #eunoia们 melabuhkan tirai.

Semasa outing ni, bendahari membahagikan, mengagihkan wang baki yang banyak kepada ahli jaulah semula. Dan yeay, alhamdulillah kaya semula. 

Tak ada apa sangat pun harini melainkan ada seorang ahli jaulah tersesat sewaktu yang lain sedang sibuk nak membeli baju. Oh ya, bendahari kitorang la tu. Haha.

Dia kata, dia teruja melihat keychain keychain comel untuk dihadiahkan pada ahli jaulah lain sampailah ketinggalan di belakang. Mujur group polis dia sedar dan patah balik nak ambil dia.
Bila tanya makcik kedai kat situ, nampak tak kawan saya, makcik tu jawab,
" saya nampak kawan kamu tu pusing pusing pusing pusing pusing pusing kat sini ".

Hahaha, terhibur saya dengar Azra cerita tu.

Di tempat ni, banyak sangat barang untuk dihadiahkan kepada orang di Malaysia dan orang di China yang boleh dibeli. Berbaloilah insyaAllah.



Sewaktu kami shopping tu, terjumpa orang Malaysia yang sama-sama melancong juga. Dan, mereka nak ikut kami pergi makan topokki. Maka, berangkatlah kami seramai 19 orang tu, termasuk akhawat Korea tu ke kedai topokki. Serius ramai.

Di kedai topokki, kami perlu bayar harga student which is murah sedikit jika dibandingkan dengan harga biasa dan boleh makan seberapa banyak yang kami nak dalam masa satu jam tiga puluh minit.

Tapi, kalau perut besar tempurung, takkan la nak makan sebesar kawah kenduri kan? Jadi, tak banyak sangat pun la kami makan. Apa yang saya rasa bagus tentang kedai ni, dorang buat peraturan, kalau ada tersisa makanan, kena denda 1000won. Jadi, sangatlah berhati-hati kami sewaktu memilih makanan tu. Dan, makanan tak ada lah tersisa. Risau juga, tak pasal-pasal je kena bayar kan.

Di kedai topokki tu, anak-anak orang Malaysia yang ikut kami pergi makan ni, suka sangat datang meja kami dan join makan sekali. Haha, melayan je Aliffa saya tengok. Saya ni, bukanlah tak suka budak-budak, cumanya tak pandai nak melayan. Jadi, hurm... Maaflah dik, saya mampu tengok je huhu.
Seorang demi seorang menadah mulut untuk disuap sampailah ayah diorang panggil dan minta diorang balik meja sendiri.

Lepas dah makan, kami berpisah dengan orang Malaysia tu.

Kami singgah solat di satu mall ni dan meneruskan perjalanan pulang ke ho/s/tel.

13) Pakai hanbok di Bukchon Hanok Village
Saya sebenarnya bukanlah seorang yang suka pakai pakaian tradisional ni. Apatah lagi, kalau kena bayar. Huhu, saya memang sedikit berkira kalau wang saya bukan untuk makanan dan barang keperluan lain. Heeee. Malahan, pada hari pemakaian hanbok ni, saya taknak pun pada awalnya.

Majoriti ahli jaulah bersemangat sangat nak pakai hanbok. Ada je golongan macam saya, menunggu di luar. 

Harini, saya macam moody sikit. Sebab...

Salah saya lah yang pasti. Tapi tak adalah besar sangat. Ok lupakan.

Tapi akhirnya, selepas dipujuk oleh Fatimah, dan selepas difikir dengan mendalam, saya rasa, perlu untuk saya pakai hanbok. Mungkin, kalau saya tak pakai, saya akan gagal dalam bahagian "meraikan" yang disebut-sebut dalam sepanjang jaulah ni?
Kadang, melihat senyuman, tawa dan bahagia orang sekeliling dah cukup untuk beri diri kita cas positif dan turut gembira bersama.



Dan, itulah yang berlaku pada hari itu. Saya terlupa pada mood saya selepas tengok semua orang mampu tersenyum dan ketawa. Semua orang pakai hanbok.
Seronok sangat.

Walaupun baju saya waktu tu, adalah yang terburuk, tetap, gembira orang lain sangat menggembirakan saya. Sampai saya terlupa pada baju hodoh saya tu. Cuma tersedar lepas tengok gambar yang diambil lah.
Tapi, okay lah. Takkan nak kata tak okay pulak.

Kak Nita bersemangat sangat ajak berlakon la, menyanyi la, pusing-pusing la. Nasib baik kami semua layan je. Pelik jugak kenapa Kak Nita gembira sangat waktu tu. Tapi serius, awal je rasa macam pelik. Lama-kelamaan, semua orang pun pelik sekali. Haha.
Terima kasih Kak Nita. You cheer up my day. And our day. 

Eunoia们 des say hi!
:)

14) Palacesssss
Nak tahu sesuatu? Di Korea, kami terjumpa "Gugong", "Tiantangongyuan" dan "Yiheyuan"! Tak sangka rupanya Gyeongbokgung, Deoksugung, Changdeokgung dan Changgyeonggung Palace boleh dikatakan menyerupai istana-istana lama di China juga. Tapi antara semua istana ni, ada satu yang sangat lain dari yang China punya. 



Sebenarnya, menarik je tempat ni. Yang jadi tak menarik sebab kami terdatang pada waktu yang salah. Istana ni semua sesuai dilawati pada waktu yang kurang sejuk. Kalau sejuk sangat, jadilah macam kami. Rasa nak balik je awal-awal tu. Jadi, pilihlah waktu yang sesuai, ye! :)

15) Game replay
Game replay ni kami main sewaktu melawat salah satu dari istana-istana lama di Korea tu. 

Nama pun replay, maksudnya, main semula lah. Pilihannya adalah, melipat origami love, teka gaya akhowat, dan pakai winter coat.

Kami perlu habiskan tiga permainan ni dalam masa lima belas minit, tapi kami tak boleh melihat jam. Cuma perlu main secepat mungkin sebelum masa tiba-tiba tamat.



Lepas dah selesai tugasan ni, kami perlu bertukar winter coat dengan kawan di sebelah, dan berjalan itik. Hahahaha. Comel sangat tengok semua orang dalam winter coat orang lain, di mana winter coat tu dah pun melekat identiti pemiliknya, tapi dipakai oleh orang lain. Lagi-lagi kalau tengok Husna yang mengitik, tapi pakai winter coat Ummu. Nampak macam Ummu, tapi cara mengitik dia tu, sangatlah bukan Ummu. Haha. Itu sangatlah Husna. So cute la youuu.

Saya taktahu nak cerita macam mana, tapi, ada satu video dalam ipad Nazirah. Comel sangat! Lagi-lagi sebab kain Husna yang meleret tu dah membentukkan bulatan atas tanah seiring dengan pergerakannya mengitik bersama kami. Haha.

Siapa boleh teka ibrah game ni?
Betullah kata akak. Saya sangat setuju. Kita sewaktu bermain tu, diberi tempoh masa lima belas minit untuk selesaikan tugasan tanpa tahu baki masa yang tinggal masih ada berapa minit.
Ini boleh diibaratkan tempoh hayat kita. Tuhan sudah menetapkan untuk kita hidup dalam tempoh berapa panjang di dunia ni. Tuhan dah maklumkan kepada kita tentang apa yang perlu dibuat.
Persoalannya, mampukah kita buat tugasan Tuhan dengan baik, sebelum masa untuk kita dijemput pulang sudah tiba nanti?

16) Mengopi
Saya rasa, pengalaman mengopi adalah satu pengalaman yang boleh dikatakan antara tamparan kuat dalam hidup seorang saya. Saya mula sedar, sebenarnya orang lain dah jauh ke hadapan dalam DnT ni. Dan, saya? Masih bermain.

Dan juga, dalam banyak-banyak momen, saya paling suka momen di kedai kopi. Momen bersama mereka yang saya selesa. Momen bersama yang punya paling banyak pengaruh kepada saya dalam jaulah. 

Momen di mana saya rasa, di sinilah penyebab kenapa dalam banyak-banyak peristiwa, saya paling ingat akan kedai kopi.

Semasa di Jepun, boleh dikatakan kami ni sangatlah miskin. Sampaikan Nazirah pernah kata kat saya, "Awak, entah-entah la kan, kita kena cari part time job kat sini".
Saya gelak je. Tapi lepastu, fikir. Sebenarnya, logik je apa yang awak cakap tu.

Maka, tak merasa lah nak masuk kafeidian pun sepanjang di Jepun. Save duit. Tapi kat hotel tu, sempat la minum kopi sikit-sikit. Heee.

Dan, lepas sampai Korea, berrrkali-kali di ajak meluangkan masa di kafeidian.

Ingat lagi, kafeidian pertama, berdekatan Ediya Coffee. Ediya kecik, jadi kami pilihlah kafeidian di sebelah tu.



Dan, di sinilah berlaku momen paling 深刻 bagi seorang Kak Nita untuk sepanjang jaulah ni, pada firasat saya lah.
Biarlah momen tu, bermain je dalam memori KakNita, ye :) 
Saya takmampu tulis sebab saya bukan KakNita, untuk sampaikan apa sebenarnya yang beliau rasakan.

Waktu di kafeidian tu, kami duduk asing-asing banyak meja. Saya lepak dengan Aliffa dan Fatimah.
Memandangkan ini adalah kafeidian yang pertama, jadinya takrasa nak beli kopi pun. Sampailah Fatimah kata, "Awak, kita belanja kopi."
Barulah terkedek-kedek ke kaunter nak order.
---
Kafeidian kedua. Helo Kitty Cafe.

Masih, saya belum menghayati saat di kedai kopi dengan betul.

Beli je kopi. Tapi, tak rasa apa pun selain, kedai tu cantik. 
---
Kafeidian ketiga pulak. Hari pertama selepas Gyeoul Gathering. Ediya Coffee.

Kafeidian ketiga lah yang buat saya rasa, kopi adalah minuman yang sedap. Kedai kopi adalah tempat yang menarik. Dan, di kedai kopi berbual bersama mereka yang faham adalah nikmat!

Kami berbual tentang banyak hal yang menarik. Dan, proses taaruf di kafeidian memanglah sesuai. Sangat!

Kat sini, saya mula rasa seronok dengan kedai kopi. Dan, kat sini jugalah, perjalanan jaulah hari demi hari seterusnya dilalui dengan tidak lancar di dalam hati saya. Saya takmampu gelak dengan betul. Saya takmampu beri reaksi yang sesuai. Saya takmampu nak senyum sentiasa, pun.

Bukan sebab tak boleh terima kata-kata yang diucapkan oleh orang lain. Tapi, sebab diri sendiri. Saya takboleh terima kata-kata yang saya ucapkan pada malam tu. 
Semuanya bermula lepas saya bercakap tentang pendapat saya tentang seseorang sebelum kami saling kenal. Dan juga, bila saya bercerita tentang kesedihan dan kegembiraan saya.
Lepas dah habis cakap, ada yang menutup malam tu dengan kata, "inilah seorang dia".

Waktu tu saya gelak je sebab saya rasa dia comel. Boleh pulak jadi MC untuk semua kata-kata seorang saya yang takpandai berkata-kata ni.

Tapi bila balik bilik, entah bagaimana, momen tu tiba-tiba muncul dalam kepala.

"Oh, rupanya dia maksudkan seorang saya memang jujur begini."

Teringat saya pada momen jiaozi di mana wujud maodun antara saya dan kawan-kawan saya kerana sifat saya yang begini. Tapi, sekarang dah baik sangat balik pun.


Keputusan di ambil. Saya perlu kurangkan buka mulut.
Dua hingga tiga hari kemudiannya, memang saya cuba kurangkan membuka mulut. Saya mengelak dari bersama dengan orang yang saya rasa saya dah sakitkan tu. Entahlah bagaimana perasaannya ketika tu pun, taktahu lah.

Tapi, saya nampak dia sendiri macam ada masalah lepastu. Dia nampak diam juga. Dia cuba ambil hati saya bila di ditie zhan dengan cara tunjuk tunjuk screen yang kejap ada love, kejap hilang love. Pastu cakap, "I love you" . Pastu, ajak jalan sama-sama. Dia ajak berlari-lari atas tangga.  Pastu entahlah. Reaksi saya kurang betul, saya nampak, dia pun mula jauhkan diri.

Bertambah lahhh. Bersalahnya tu. Hurm... Sedangkan, saya yang salah. Kenapa pulak saya jugak yang nak menjauhkan diri kan. Patutnya saya lah kena pujuk dia. Tapi, saya dah mula jadi 尴尬 lepastu. Nak mendekati dia pun, rasa tak boleh.

Sampaikan dah rasa lama sangat menjauh, hati ni selalu buat maodun dalaman.
---



Kedai kopi keempat.

Tak ingat dah berapa hari menjauh time ni. Tapi masih, geng mengopi yang sama. Cuma tambah lagi seorang. Mungkin, Tuhan memang nak takdirkan begitu. Hingga sekarang, saya rasakan, geng mengopi ni lah yang buat banyak momen yang deep kepada saya dalam jaulah.

Memang, saya takbanyak bercakap. Hati berdoa, moga, aku tak perlu bercakap harini. Kesemua empat orang yang lain perlu bercakap. Watak saya hanyalah dengar dan ketawa. Sebab masa tak cukup, saya pun selamat dengan tak perlu bercakap.

Balik ho/s/tel kemudian, saya sambung mengopi seorang diri di lobi.
Waktu tu, ada Hanis. Tapi kami duduk meja berasingan la. Saya nak bersendiri. 
Tak lama lepastu, Hanis pun say goodnight dan naik ke atas.
Memang bersendiri.
Dengan alunan muzik dan sebuah buku menemani malam saya yang sangat lewat tu.
Maka, saya pun menulis moment di wechat tentang pengopian di lobi.

Mengopi kali keempat di Hello Kitty Kafe pun beri satu pelajaran baru buat saya.
Mendengar hamasah setiap seorang tentang DnT membuatkan saya rasa, apa dah aku buat untuk DnT? Apa betul aku faham tentang DnT? Apa matlamat aku? Apa benar, aku mencintai DnT?
Ada yang bercerita tentang surah kegemarannya. Dia suruh untuk menyelak helaian tu bila balik bilik nanti. Dan, saya pun selaklah. Saya kagum dengan semua orang semasa di jaulah. Ada kekuatan tersendiri. Kekuatan yang sangat mantap untuk DnT. Apa kekuatan aku?
Ya, apa surah kegemaran aku ya?
Ah teruk. Tak ada.
Maka, duduklah seorang diri di lobi pada malam tu. Helaian pertama buku pun dibuka.

Kisah orang mukmin dan orang munafik yang tertinggal semasa Tabuk.
Tuhan selalu begini.
Memang malam tu juga, saya ketemu jawapan tentang apa yang saya perlu buat dengan DnT.
Yang pasti, saya adalah orang Islam yang tertinggal semasa Tabuk.
Tuhan selalu bantu bila saya buntu.
Entahlah, sepulangnya dari jaulah, banyak sangat perkara sweet Tuhan bagi.
Terharunya tu, tak terkata. Saya hanya buat satu keinginan kecil dalam diri. Tapi kemudian, Tuhan akan secepat mungkin hantar bantuan untuk tunaikan. Bantuan dari segi manusia, dan sebuah kitab sendiri :)

Masalah saya dengan DnT memang saya dapat faham pada malam tu juga. Tapi, masalah saya yang semakin jauh dengan dia masih belum ketemu solusi.

Nak je pergi jumpa dia, cakap baik-baik dan minta maaf untuk segala perkara pelik yang saya sudah buat.

Tapi, semuanya tu hanya bermain di fikiran. Saya cuba buat, tapi setiap kali ternampak dia, ada dua je yang akan saya buat.
Satu, toleh ke tempat lain dan pura-pura tak nampak. Dua, berbual dengan kasar.
Tapi hati, Tuhan je tahu.
Sebenar benar benarnya, saya sayang je dia. 
---
Kafeidian kelima.
Malam sebelum Sayonara Jaulah tu, saya keluar dengan Aliffa untuk teman Fatimah beli roti. Kami berjalan sampailah ke Insadong. Terlajak gais.

Dah alang-alang sampai ke sana, kami berhenti di kafeidian lah. The Coffee Bean & Tea Leaf.

Saya kan masih fobia dengan permainan taaruf. Jadi, kami di sana sekadar minum dan ambil photo. Tapi, hati saya masih ada maodun.

Sampailah kedai dah nak tutup, terkeluar jugak maodun saya ni.

"Korang rasa tak yang saya sayang kat korang"

"Korang, saya ada buat salah la kat seseorang. Rasa macam dah sakitkan hati dia."

"Korang rasa, apa perlu saya buat"

Saya sorang je yang bercerita. Takde la sebut nama. Cuma, diorang dapat agak sebab cerita saya sama dengan apa yang diorang nampak. Alahai. Buat malu je lepastu. 

Dan, alhamdulillah pulang dari Insadong dengan hati yang sedikit tenang.

Hingga ke hari selepas Sayonara Jaulah, masih belum selesai maodun dalaman saya.
Saya taip moment. Lagi.
Taklama lepastu, dia pm ajak saya bersama dia dan tiga orang lagi mengopi.
Terkejut saya. Terus padam moment.
Tak pastilah dia ajak sebab baca moment permintaan mengopi saya tu, ataupun dia pun berfikiran sama dengan saya.
---
Kafeidian keenam. Coffeesmith ‪@2am‬‬‬
Mulanya berjalan sampai Insadong nak cari kedai toppoki cheese. Maaf, saya tak reti eja toppoki la. Mohon abaikan kalau salah.

Dan, tak jumpa.

Lepastu, jalan-jalan beli makanan dan cari kafeidian.
Kami masuk minum-minum dan kemudiannya pulang melebihi ‪jam 12‬‬‬ pagi. Ayoyo anak-anak perempuan. 

Saya nak keluarkan maodun tu. Nak selesaikan. Tapi, takdapat juga nak keluarkan dengan sendiri.
Alhamdulillah tiba-tiba ada yang bercakap tentang kejujuran seorang saya.
Dapatlah saya sambung untuk selesaikan apa yang terbuku di hati.
Lepas dah habis cakap, serius lah, memang rasa ringan sangat. Hati, minda, roh, sudah di awang-awangan.
Rupa-rupanya semua yang saya fikir tu, semuanya hanyalah satu salah faham, dan saya ni je melebih-lebih.
Bagi saya, kita dah kosong kosong, kan? Moga, saya memang tak ada menyakiti hati sesiapa pun lah ye.

Yang pasti, saya suka bila awak selalu datang Beiwai.
Setiap kali lepas jumpa awak, kami semua mesti akan penuh dengan cas positif.
Semua tau, bukan saya sorang. 
Jadi, lepas ni, rajin-rajinkan diri melawat kitorang lagi ye. Hihi.
Jadi, bolehlah kami jalani hidup dengan bahagia melalui cas positif yang awak salurkan tu.
Thanksssss youuussss.

17) Sayonara jaulah
Dari awal memang kami merancang nak buat majlis di lobi. Jadi, selepas sarapan tu, dengan gigihnya semua orang nak akak berdua keluar dari kawasan ho/s/tel. Ye la, kitorang nak hias tempat tu.
Dengan ahli jawatankuasa yang tiba-tiba wujud semalamnya tu, maka kerja kitorang masing-masing bermula lah sebaik sahaja akak-akak keluar.

AJK pendaftaran lah, AJK persembahan lah, AJK makanan lah, mc lah, pembaca doa lah, AJK tempat lah, AJK kek lah, dan macam macam lah.

Semua orang mempersoalkan kewujudan AJK pendaftaran sebab pelik. Hahaha. Saya memang terhibur dengan kewujudan AJK们 ni. Dan, saya memilih untuk menjadi AJK pendaftaran sebab saya rasa, kewujudannya sangatlah comel.

AJK tempat diketuai oleh Azra. Dengan bersama anak buahnya dan AJK lain, maka tempat tu dihias dengan belon yang ditiup fuh fuhh dengan gigihnya, dilekat gambar yang dicuci, di salotape gula-gula batang payung dan macam macam lagi. AJK kek, mula menghias kek. AJK pendaftaran menyibuk je dulu dengan kerja yang lain. AJK persembahan sibuk mencari sesiapa yang nak mengetuai setiap lagu yang berbeza-beza, AJK makanan keluar ke Insadong mencari nasi goreng kimchi, dan semuanya sangat bekerja. 



Lepas tengok balik video time lapse tu, rasa seronok sangat. Nampak la kerja tu bermula dan berakhir.
Seronokkan, kalau sepanjang hidup kita, ada video yang boleh kita mainkan bila kita rindu pada saat tu?

Ok ok. Sambung dengan keadaan lobi.

Jam semakin mendekati pukul satu, iaitu waktu pendaftaran bermula.
Saya ni, dengan takmandi lagi, redha je lah pergi daftarkan orang. Semua orang tak perasan pun kan? Haha. 

Akak berdua dah pulang dari bermain. Mereka dah ready nak turun. Kononnya nak keluar, kan. Dengan beg lah, winter coat lah.

Kami semua turun dulu. Ummu pulak, berlakon la pakai winter coat jugak.

Tengok-tengok, turun sampai lobi je.

Dan, majlis pun bermula. Dengan perasmian, persembahan, surprise kek roti, ucapan, dan penyampaian hadiah serta bergambar penutup, majlis yang boleh dikatakan tanpa syura besar, berakhir alhamdulillah dengan jayanya. Persembahan nyanyian dan sajak yang tanpa persediaan berlangsung dengan memori yang dalam. Kek tanpa mesin pemutar dan alat yang lengkap,  dimakan dengan enak. Tempat yang hanyalah dalam bangunan, dihias secantiknya penuh dengan cinta.

Maka, itulah saat kami bermain bersama yang terakhir di Korea, sebelum pagi keesokannya bertolak ke airport.

Entahlah, bagi saya, semuanya masih lagi bermain dengan warna-warni yang penuh dalam minda ni.
Mungkin juga sebab saya selalu mainkan video hari kejadian dalam ipad setiap kali rasa sunyi.
Memang, rindu.

Orang kata, doa adalah kata rindu yang paling tulus.
Moga, rabitah sentiasa mengikat hati kita.
Dan, terus, ketemu lagi di syurga Tuhan yang lebih bahagia. :')

Sayonara #eunoia们